Thursday, February 27, 2014

Usah Ditangisi


Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka
 
Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.
... 
Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”
 
Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”
 
Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”
 
Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku.”
 
“Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.
 
“Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”
 
Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.
 
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah.