Monday, July 9, 2012

Janji


Hari Ini Aku Sedar...
Bahawa Janji Itu Juga Cuma Sebahagian Dari Kata-Kata Dapat Diubah...
Boleh Juga Dilupakan...
Memberi Janji Mungkin Mudah Untuk Melupakan...
Menerima Janji Sampai Mati Di Ingati..
Ada Waktunya...
Janji Juga Menjerut Hati Sendiri....
Semata-Mata Untuk Kegembiraan Orang Yang Kita Cintai...

Aku


Aku...
Nak Cintakan Dia Dengan Sederhana...
Aku...
Sanggup Bekorban Sebab Aku Nak Tengok Orang Yang Ku Sayang Bahagia...
Aku...
Nak Tengok Dia Hargai Setiap Saat Dan Setiap Masa Walaupun Bukan Bersama 
Aku...

Cinta...


Cinta datangnya dari hati..Tak perlu sebab untuk mencinta...Cinta itu perasaan yang dianugerahkan oleh ALLAH  sebagai amanat untuk dijaga.. dan disemai.. bukan untuk disia siakan dan di khianati... cinta itu indah.. manusia wujud kerana cinta.. syurga wujud kerana cinta Pencipta kepada hambaNya....Jika benar cinta seseorang itu ikhlas....Dia akan selalu mengingatkan pasangannya tentang betapa besarnya cinta....Pencipta kepada hambaNya dan akan membawa orang yang dicintai itu dekat dengan Allah...

Friday, July 6, 2012

Hati


Hati lelaki seperti peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia untuk meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjang adalah makanan sehari hari yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat menghambat dalam kerinduan. Menyepi dalam kepasrahan. Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan.


Cerita? bila-bila saja. kerana dia hanya akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang dapat mendengar luahan hati. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana mana masalah peribadi.


 
Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekspresikan diri dalam sikap dan tingkah laku, adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Tetapi nampaknya perempuan memang berbeza. Dia lebih suka bicara pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.


Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan. Bahagia, haru, benci dan bahkan luka, menjadi sangat jelas terpancar pada linangan air mata dan isakan tangisnya. Maka bila memang itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu dan diakui keberadaannya. Serta mahu sandaran, yang akanboleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan entah sampai bila..

Thursday, July 5, 2012

Kala Hati



kala hati ini melafazkan kata cinta...
ketahuilah wahai hati...
cinta ini hanya untukmu...

kala hati ini mengukirkan ungkapan rindu...
ketahuilah wahai hati...
ungkapan ini lahir khas buatmu...

kala hati ini melafazkan rasa kasih...
ketahuilah wahai hati...
kasihku ini ku semaikan istimewa buatmu...

kala redup mata ini memancarkan pancaran sayang...
percaya lah wahai hati...
sayang ini terukir buatmu...

kala hati ini rasa ingin didampingi...
yakin lah wahai hati...
hanya dikaulah dambaan hatiku...

kala jiwa ini inginkan bahagia...
percayalah wahai hati...
bahagia itu hanyalah bila bersamamu...

kala hati ini merakamkan kasih suci...
yakinlah wahai hati...
kasih suci itu terlakar untukmu...
hatiku...  
sedarilah bahawa dikau lah idaman hatiku...
hati...
jika kita ditakdirkan bersama...
tiada kata terindah yang mampu ku coretkan...
tapi.. jika sebaliknya...
Insya-Allah... 
daku akan menerimanya nya dengan redha..
kerana mungkin itu adalah yang terbaik buat kita berdua,duhai hati....

Bila Rindu Dan Kenangan Datang Mengamit


Kadang-kadang bila rindu itu tetiba mencuit dihati,
Jiwa rasa bergetar,
Ingin rasanya untuk menyapa,
Melayangkan rindu dan merisik khabar...
Tapi apakan daya jari ni tak berdaya untuk melakukannya...
Walau hati meronta ronta.
Apa yang harus ku lakukan?
Bila rindu datang mengegar,
Ku lemah menahan kesakitan ini....
Pada siapa harus ku kongsi segala derita ini?
Sedangkan dulu kita sama-sama bercerita bergurau usik mengusik...
Tidakkah kenangan itu masih ujud dihatimu?
Seperti diriku yang amat payah melupakannya...
Entahlah...
Mampukah ku buang segalanya?
Sudah tentu tak mungkin...
Cuma yang mampu ku lakukan..
Hanyalah menyimpan kenangan itu disudut hati ku,
Dan akan ku kembalikan kenangan itu bila rindu datang mengamit...

Wednesday, July 4, 2012

Bila Diri Di Salah Erti



Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
Bila jadi baik, ORANG MELUAT..
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata... "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini...





>>> Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia...

Tuesday, July 3, 2012

Kasih...


Kasih...
Malam ini inginku coretkan seribu tinta buatmu...
Ku akui memang kau bukan yang pertama buatku…
Namun hadirmu telah merubah segalanya…
Hatiku kembali berdetak…
Saat kau hadir dalam hidupku...
Hariku penuh dengan tawa...
Adakah cinta ini telah hidup semula...
Aku bermonolog sendiri...

Kasih…
Ketika pertama kali ku jumpa denganmu...
Janji jangan ada dusta di antara kita...
Demi Tuhan, hati ini telah dimiliki olehmu...
Namun kenapa kau tega berjanji dan mungkiri...

Kasih...
Setinggi manapun egoku sebagai lelaki...
Namun hatiku remuk dengan sikapmu...
Malam ini sekali lagi mataku berkaca...
Hati lelakiku menangis sambil berbisik...
Mengapa kau tidak fahami aku...
Mengapa sering aku yang mengalah...
Mengapa kau sering sakitiku...
Aku merintih sendirian...

Kasih…
Sedarlah sayang…
Berubahlah… hargaila diriku..
Sebelum semuanya terlambat...
Diriku sentiasa memaafkanmu dan menerima apa adanya dirimu…
Dakapanku masih terbuka untuk sebutir penyesalan...
Kerana hatiku masih sayang padamu kasih...